Saturday, November 21, 2009

Mengamuk!

Kita boleh mengawal tabiat mengamuk dengan cara:
Mengalih perhatian anak apabila nampak simptom seperti hendak mengamuk seperti muka anak merah atau mula hendak menangis.

Tenang menghadapi kerenah anak. Bacakan untuk diri anda surah al-Inshirah untuk menenangkan diri. Berdoalah dalam hati supaya Allah berikan kekuatan minda dan jiwa untuk menjadi ibu yang baik, sabar dan penyayang. Berdoalah untuk anak anda dan tiupkan di ubun-ubunnya dengan penuh kasih sayang.
Elak daripada memarahi atau menjerit pada anak kerana tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

Jika anak terus mengamuk, cuba jangan peduli dan tinggalkan sekejap. Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A book of child care, memberikan seorang akan memberikan persembahan yang lebih baik di hadapan penonton. Saya dapati panduan ini mujarab untuk anak saya dan kebanyakan anak di Taska. Jadi, jika anak terus mengamuk jangan perhatikan. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai apabila mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

Apabila anak berhenti mengamuk, bincang dengan mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Terangkan juga bahawa kita akan tegas dengan pendirian kita.

Tegas dan elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

ketuk sikit!

GURU YG PERTAMA & TERBAIK adalah IBU/BAPA , pendidikan yg bagus bermula dari rumah..bukan di sekolah...di sekolah guru2 tak dpt tumpukan 100% ke atas setiap budak... di rumah ibu/bapa la yg patut berikan perhatian mengenai pendidikan nya 100% utk anak tersebut...di sekolah budak2 belajar berkomunikasi, berinteraksi.... DIDIK anak tu sejak BAYI lagi..dan tak de masalah la budak tu nak kata GURU disekolah lebih bagus dari IBU/BAPA nye....(terutama ibu/bapa yg berpendidikan tinggi ni).. lain la ibu/bapa yg tak sekolah....sedangkan ibu/bapa zaman dulu hanya duduk kampung pun boleh ajar anak jadik pandai..takkan la ibu/bapa kat bandar tak boleh...apa la sgt pelajaran budak2 tadikan....basic aje..mengenal 123, ABC, belajar alf ba ta, mengira, ......yg lain2 tu tambahan aje ( dan mahal sebab tu ..dan duit keluar lebih sebab benda2 yg lain2 la)...Sebab aku tak fikir tadika yg terlalu mahal tu boleh jadikkan anak kita superb.... nak hantar boleh... tapi di rumah kita sebagai ibu/bapa kena la jugak mengajar dan mengulangkaji...jgn kita serahkan tanggungjawab mendidik tu pada guru sepenuhnye....Kebykkan tadika menekan kan pelajaran.... budak ni dia belajar sambil bermain...tu lebih senang kita sebagai ibu/bapa mengajar nye di rumah....susah ke?...apa2 pun kita kena luangkan masa utk anak walaupun 5 minit .....jgn jadikkan alasan kerja , utk menyerahkan tangungjawab mendidik anak pada guru.....Jika mahu seribu daya, tidak seribu dalih....Demi anak ,....kita usahakan yg terbaik...yg terbaik tu adalah dengan cara kita ...anak kita , kenapa pulah susah nak didik...lain la ank tu terlalu nakal....tapi jika boleh dilentur dari bayi...tk de masalah....terpulang la pada masing2..aku ni hanya nak coret kan apa yg aku rase je....Kalau berkemampuan , hantar anak kemana aje yg anda fikirkan bagus....

Sunday, November 8, 2009

Disiplin2

fikir wrote:

satu cara yg saya buat skrg.. time out..kalau dia buat salah, saya terus suruh dia pegi ke satu sudut kat rumah yg specific... kalau dia x nak pegi, kita angkat dia ke situ.. bolayan dia.. nangih pun nangih la.. saya mula dgn 2 minit.. kalau x cukup 2 minit dia dah keluar dari sudut tu, suruh p balik kat situ, tambah extra 1 minit sampai dia boleh patuh rule minit tu... tiap kali dia buat salah (yg kita x leh tolerate macam pukul kita ke, atau ketuk adik dia ke), letak dia kat situ.. lepas habis tempoh tu, terangkan balik, ckp elok2 kat dia, ape yg dia buat tu salah, dan kenapa salah....

another thing yg dia suggest kalo kita nak tegur anak kita..kita kena berada pd aras mata anak kita maksudnya kita kena bertinggung dan pandang mata anak dan ckp dgn dia apa yg dia buat tu salah...

Disiplin1

Saya nak share tentang petua yg saya terima... dari seorang pakar motivasi & dah lama saya praktikkan (l/kurang 11 tahun) kat anak2 saya.... elok dilakukan oleh salah seorang ibu atau bapa atau seeloknya kedua2 buat iaitu selepas ibu buat... diikuti oleh bapa (inshaallah anak akan lebih merasai dihargai) setiap pagi.. sebelum pegi sekolah berdiri belakang anak, & kedua2 (anak & ibu atau bapa) menghadap kiblat... letakkan kedua2 telapak tangan ibu/ayah yg dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut... lepastu bacakan Al Fatihah & Alam-nash-rah... hingga habis.... pastu niat dalam hati mohon pada Allah "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati & ditetapkan iman & lain2 doa yg nak dihajatkan" lepas itu kucup dahi anak & pergi le kesekolah... tak sampai pun 5 minit... jangan malu nak kucup dahi anak2 walaupun dah berusia 17 tahun... (terutama pihak ayah akan rasa malu nak cium anak lelaki yg dewasa) saya diberitahu (semasa sesi motivasi tersebut), telapak tangan kita ini ada aura... & mestilah digunakan sebaiknye...sebab itulah orang tua2 kate jangan tampar anak guna telapak tangan... tanamkan semangat untuk buatkan setiap hari & anda lihatlah kesannye.... kalau tak dapat setiap hari, 2 hari sekali, seminggu sekali


By: Mama zalinawati