Thursday, May 13, 2010

Kek Sarang Semut

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 camca besar mentega
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)
4 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.
Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...

Sup Ayam Halia

BAHAN - BAHANNYA :-)
5 - 6 ketul ayam kampung (boleh guna ayam biasa)
3/4 camca besar lada hitam biji, tumbuk hancur
1 inci halia, diparut
3 ulas bawang putih, diparut
1/2 inci kunyit hidup, diparut
1 1/2 inci halia, dihiris nipis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasa
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Satukan bahan2 yang diparut, halia hiris dan lada hitam tumbuk, gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 1 jam.
Masukkan ayam tadi ke dalam periuk dan tuang air secukupnya. Masak hingga mendidih kemudian kecil kan api dan renih hingga ayam empuk.
Masukkan garam secukup rasa. Matikan api dan hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng, hidangkan bersama nasi.....
CATATAN MAT GEBU :- Sebab mat guna ayam kampung dan agak liat, jadi proses memasak mat lakukan dalam periuk tekanan @ pressure cooker untuk lebih cepat. Lagi satu kan, kalau beli lada hitam, kalau dapat beli yang bulat2, kalau lada hitam yg nampak bulat tapi kecut dan mengerutu, rasa dia kurang sedap berbanding yg bulat2 tuu... Eh..nak tambah sikit, teringat pesanan Ustaz Wan Sohor Bani Leman, dia kata kalau nak sembelih ayam kampung, seharusnya ayam tu tadi dikurung sekurang2nya 3 hari dan diberi makan jagung, maklumlah ayam kampung yang bebas, depa belasah apa jee, tak de pantang!....ok tu jee nak kata.....Selamat mencuba..

sotong goreng mentega

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g sotong
1 pack tepung gorengan berperisa (mat guna jenama "seri-aji")
1 putih telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar mentega
1 ulas bawang putih
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Sotong dicuci bersih, buang kotoran dan potong sederhana besar. Kukus sotong tadi 4 - 5 minit. Sejukkan, kemudian lap kering2 dengab paper towel. Ketepikan.
Gaul sotong tadi dengan putih telur rata, kemudian taburkan tepung gorengan berperisa dan golek2 kan sotong tadi sehingga semua bersalut rata dengan tepung.Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga sotong kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel.
Dalam kuali yang bersih, cairkan mentega dengan api perlahan dan biar hingga mentega keperangan, masukkan bawang putih dan goreng hingga peerang, masukkan sotong dan gaul rata. Matikan api dan angkat sotong tadi, toskan atas paper towel.
Alih ke dalam bekas, taburkan dengan lada hitam dan hirisan daun bawang. Gaul rata dan boleh dihidangkan. Nak makan dengan sos pun ok, tak de masalah...

Donut

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
1/2 camca teh garam (yang ni mat tambah sendiri)
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)Sedikit lagi air (extra)

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...

Urap Daun Turi

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun turi (biar yang muda sedikit), diasingkan dari tangkai, cuci dan toskan
1 cawan padat, kelapa parut putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan*
4 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*1 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*(*ditumbuk hancur)
Garam dan gula seculup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Gaul kelapa parut putih tadi bersama bahan tumbuk halus. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok saja), kemudian masukkan daun turi yang telah ditoskan. Gaul hingga rata.
Panaskan kuali, masukkan urap tadi dan masak sekejap hingga daun turi lembut. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat. Kalau nak pedas boleh tambah cili padi dalam bahan tumbuk halus tadi....

asam tumis sulur keladi

Asam tumis sulur keladi

BAHAN-BAHANNNYA :-)
1 cekak sulur keladi @ 1 bungkus sulur keladi yang siap disiang (ada jual di pasartani)
2 ekor ikan kembong besar
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat
Garam dan secubit gula1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
1/2 camca teh serbuk kunyitAir secukupnya
3 biji cili merah*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
Sulur keladi dicelur dengan asam keping dan sedikit garam hingga lembut, tapi jangan lama2. Toskan. Ikan kembong disiang, cuci bersih dan kerat dua. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan tuang air secukupnya.
Tambah kiub ikan bilis, daun kunyit dan 2 keping asam gelugor, bila mendidih, masukkan ikan dan sulur keladi tadi, masak hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

pau sambal

BAHAN DOH :-)

200 g tepung gandum
140 ml susu segar, suam*
2 camca teh instant yeast*(*disatukan, kacau rata dan biar berbuih)
2 1/2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam halus
2 camca besar mentega
BAHAN LAIN :-)

Sambal ikan bilis secukupnyaHirisan timun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan bahan2 doh dalam satu bekas, gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik dan biarkan naik 2 kali ganda.
Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara, bagi kan kepada 8 - 9 bahagian sama besar (mat, canai anggaran 3/4 inci dan terap dengan acuan bulat 2 inci). Biarkan naik sekali lagi.
Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada keseluruhan bahagian pau tau. Angkat, tos, letak atas paper towel, biar minyak terserap. Biar sejuk.
Belah dua pau tadi tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis dan susun 1 atau 2 keping timun, buat hingga siap dan boleh hidangkan sebagai minum petan